Wana Wonderland: Pelajar UMT Menghina Dan Mengubah Lagu Negaraku

Pelajar UMT Menghina Dan Mengubah Lagu Negaraku

Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikenali sebagai Mohd Farizal telah  mengubah  lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya mengundang padah apabila pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri telah membuat laporan polis semalam.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu.” 

Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

p/s - sama ada betul atau tidak dia yang menulis , tapi siapa pun yang stay di MALAYSIA , wajib menghormati pemimpin dan lagu NEGARAKU!

2 comments :

HeNRieTTa JoSe said...

Dia sedar ke x apa yg dia bt....

Unknown said...

Kalau berbeza fahaman politik sekalipun, kita perlu lah hormat pemipin. Jangan mencerca sesuka hati.
Malu ada org yg mcm ni.
Respect org lain itu mencerminkan siapa anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...