Wana Wonderland: Vivian Lee Dirompak Dan Ditikam Dengan Pisau.

Vivian Lee Dirompak Dan Ditikam Dengan Pisau.




Vivian Lee yang membuat kontroversi popular menerusi post gambar-gambar terlampau bersama teman lelaki di laman blog. Kekasih kepada Alvin ini dikhabarkan telah dirompak dan ditikam dengan pisau ketika sedang berjalan seorang diri di Jalan Ipoh.

Menurut Alvin, kekasihnya itu sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah kondominium yang bersebelahan sebelum dihampiri seorang lelaki India berbadan besar kira-kira jam 3.30 pagi Selasa lalu.


Lelaki berkenaan bertindak menolak Vivian ke sebatang pokok dan menghalakan pisau ke arah gadis tersebut sebelum menjerit “Oi, bagi duit kalau lu tak mau saya potong lu," dipetik dari laman blog wowberita.


Kata Alvin lagi, Vivian bersetuju untuk menyerahkan wangnya tetapi meminta kepada lelaki berkenaan agar memulangkan kad pengenalan, lesen, kad bank dan dokumen penting yang lain. Sebelum lelaki berkenaan beredar, lelaki India itu sempat mencederakan bahagian tangan dan pinggang Vivian.

“Dia belum sempat menamatkan ayatnya sebelum anak haram itu dengan ganas merampas wallet serta kunci rumah dan berlari ke arah rakannya yang menanti di atas motosikal di seberang jalan,” ujarnya. 

Dalam entri yang sama di blog, Alvin memuji kecekapan pihak hospital melakukan pembedahan ke atas lengan Vivian yang cedera. Beliau turut berharap agar lelaki India itu dan rakannya akan menemui kecelakaan dalam hidup mereka nanti.

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...