Wana Wonderland: Wanita 21 Tahun Pecah Kepala & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!

Wanita 21 Tahun Pecah Kepala & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!



Meraung di sisi mayat kakak, Wanita 21 Tahun Kepala Pecah & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!

SEORANG pemuda menangis di sisi mayat Samsidar (gambar kecil) yang maut dalam nahas di Penampang semalam.

PENAMPANG - Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah dengan otaknya bersepai di atas jalan selepas digilis sebuah lori kontena dalam kemalangan di Jalan Lok Kawi berdekatan simpang lampu isyarat Sabindo di sini semalam.

Kemalangan pukul 11 pagi itu mengakibatkan Samsidar Samarudin, 21, dari Kampung Andus, Papar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membonceng motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang adik lelakinya dalam perjalanan dari Papar ke pusat bandar.

"Sebaik ingin memasuki jalan besar dari satu susur, motosikal yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah lori kontena menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

"Kepala mangsa kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan manakala adiknya tidak mengalami kecederaan," katanya di sini semalam.

Al-Fatihah. Ngeri sungguh aku bila dengar bab-bab kepala pecah ni. Ya Allah , semoga keluarga tabah menghadapi semua ni. 

1 comment :

DIARI FARISHA said...

ya allah..moga kita semua berada dalam keadaan selamat dan jauh dari bahaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...