“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan.”
Shah Jaszle juga mengakui, sejak insiden dia ditangkap khalwat enam minggu lepas, Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.
Sementara itu, keluarga Puteri pula terang-terang menolak Shah Jaszle untuk dijadikan menantu bagi keluarga mereka sehinggakan tidak larat untuk menasihati Puteri dan memberitahu akan mengurung Puteri sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil untuk berjumpa dengan Shah Jaszle.

Hmm , susah jugak bila keadaan dah jadi teruk camni. aku nak nasihatkan , kalau boleh janganlah ambik tindakan membuta tuli. bincang dulu elok-elok. seelok-eloknya , kita sebagai anak , janganlah membelakangkan keluarga kita , terutamanya ibu bapa.
No comments :
Post a Comment