Sebelum kemunculan telefon bimbit di pasaran, kebanyakan daripada kita pastinya pernah membuat panggilan dengan menggunakan telefon awam yang terdapat di kebanyakan stesen pengangkutan awam di seluruh negara.
Malah, ada juga yang menjadikannya untuk bergayut dengan orang yang tersayang.
Macam-macam ragam kan..
Namun, seiring dengan perkembangan pesat teknologi serta kecanggihan telefon bimbit dan telefon pintar yang kini hampir dimiliki oleh kebanyakan orang termasuk kanak-kanak yang masih bersekolah rendah, kemudahan telefon awam juga semakin dilupakan.
Malah, ada yang sengaja merosakkan kemudahan yang telah disediakan ini dengan menconteng serta melonggokan sampah di kawasan sekitarnya.
Situasi ini nyata berlainan di negara luar yang mana pengeluar telefon awam di sana gemar bereksperimentasi dengan mencantikkan serta membuat perubahan dari segi imej untuk menarik minat pengguna mereka.
Pelbagai rekaan unik yang boleh ditemui dengan penggunaan warna-warna terang yang memberikan kesan ceria kepada pondok telefon tersebut.
Jom layan dulu gambar-gambar pondok telefon yang unik ini untuk mencuci pandangan mata anda!
p/s - Aku suka yang hello kitty tu. cute jea. Malaysia kena wat camtu la. hehe
7 comments :
bntk hello kitty tu comel!!:)
yang hello kitty tu comel kan..agak2 kalo gi Hello Kitty Sanrio kat johor tu ada ke public phone camni?
wahh,awesome. tp kat malaysia mcm takda je. hehhee
kan ? comel sangat. =)
comel , ntah la. hehe
hehe , memang takde pun.
yang shark tu cool~! hehe
Post a Comment