Wana Wonderland: SEGERA: BN Lancar Aku Janji, Bukan Manifesto

SEGERA: BN Lancar Aku Janji, Bukan Manifesto

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Akujanji bagi menggantikan manifesto  dalam usaha untuk membuktikan parti tersebut serius dalam mengotakan janjinya kepada rakyat.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akujanji itu adalah dokumen yang amat serius kepada parti berkenaan.
AkuJanji bertajuk Menepati Janji Mambawa Harapan itu mengandungi 17 perkara untuk membantu rakyat menuju ke arah negara maju.
” Kita berjanji dan kita akan tunaikan janji itu kepada rakyat. Rakyat adalah ketua kita, ketua kepada parti Barisan Nasional.
” Sebab itu kita berpegang kepada prinsip berbakti kepada rakyat. Bahawa kita adalah parti yang dahulukan rakyat. Berkhidmat kepada rakyat. ,” katanya kepada lebih 50,000 orang yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

PM lancar

Mereka yang terdiri rakyat berbilang kaum bersama ahli dan pemimpin BN termasuk parti komponen berada di sana saewal jam 5 petang tadi.
Ini bermasuk sebahagian besar berada di luar stadium.

1 comment :

shida said...

fuh bape jam malam yd manifesto?
xdpt den nk tgk...ponat berkoje...ngeh3..~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...