Wana Wonderland: Tahniah! Datuk Lee Chong Wei Bergelar Bapa Hari Ini.

Tahniah! Datuk Lee Chong Wei Bergelar Bapa Hari Ini.

Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir ini.
Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.
Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan member semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.
Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.
Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.
Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).
Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.
Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus belatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.
Apa pun kita doakan bayi Chong Wei dan Mew Choo akan dilahirkan dengan selamat. Sumber berita asal The Star.

4 comments :

MarnieyZ said...

wahhhh, bestnya. Chong wei dah ada baby, nak tgk lah baby dia. ^^

shida said...

owh..abang chong wei sy dah jadi daddy... :)
mst chomell jer..
~~

wana wazm said...

hehe , yea, dah jadi ayah orang pun. =)

wana wazm said...

hehe , yea. comel la. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...