

Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin. Tambah pula majlis ini berlangsung di sebelah pihak perempuan. Yang hadir pada hari itu pun hanya teman-teman rapat yang menyertai program Audition dahulu dan penyanyi Farhan. Itu sahaja

Tahniah diucapkan kepada Razali. semoga berbahagia. =)
No comments :
Post a Comment